Pertama-tama dan selama-lamanya marilah kita merafatkan setinggi kesykuran ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnianya kita masih dapat merasai nikmat Iman dan Islam. Tidak lupa juga selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Kerana tanpa perjungan baginda dan sahabat Islam tidak akan sampai di sini....
_________________________________________________________________________________
Kalimah wasatiyah sering kali disebut dalam kuliah agama, Apa makna wasatiyah? begini wasatiyah bermaksud kesederhanaan. Apa kaitan wasatiyah dengan Islam? wastiyah dalam Islam ialah kita melakukan sesuatu ibadah itu tak lebih dan tak pula kurang. Kita tak berlebih lebih dalam sesuatu ibadah. Contohnya sepanjang hari kita asyik berada di dalam masjid tanpa melakukan kerja yang lain. seterusnya kita pula tidak kurang dalam melakukan ibadah. Contohnya kita hanya solat fardhu dua kali dalam sehari, baki tiga lagi kita tinggal .Yang itu pun tak boleh. Wasatiyah juga boleh di gambarkan dengan kita menuang air ke dalam gelas sampai penuh, maksudnya kita tak tuang air tu separuh ataupun melimpah.
No comments:
Post a Comment