Tuesday, 9 June 2015

Dai'e

Bismillahirrah manirrahim..
Terdiam,
Tidak mampu mengungkap kata,
Kelu lidah tanpa bicara,
Diam tiada tutur kata.

Berfikir,
Apa tujuan diri ini,
Menjejak kaki di bumi nan sepi,
Beradu di waktu gelap malam..??
Meniti hari di kala cerahnya siang..??
Sampai waktunya,
Kembali ke tanah semula..??
Alangkah ruginya diri ini..

Merenung diri,
Memikirkan perjalanan diri ini,
Sentiasa hiasi langkah dengan noda,
Seperti hilangnya sinar cahaya,
Dihimpit timbunan dosa..
Bangkitlah,
Jangan biarkan diri hanyut tiada pegangan,
Redha Allah perlu dalam genggaman,
Syurga Allah menjadi ganjaran..
Teruskan langkah perjuangan ini,
Jangan terlalu fikirkan duniawi,
Yang penting redha Ilahi,
Berdakwah jangan berhenti,
Kerana diri ini adalah dai'e..
Wallahualam..
Sekadar nukilan.. Asiif sekiranya membosankan..

No comments:

Post a Comment