Pertama-tama
dan selama-lamanya marilah kia marafatkan setinggi kesyukuran ke hadrat Ilahi
kerana limpah dan kurnianya masih kita dapat merasai nikmat Iman dan nikmat
Islam. Alhamdulilah..
- Solat di awal waktu
-wanita perlu usaha untuk solat di awal waktu di rumah
dan menggalakkan mahram (lelaki) solat awal waktu di masjid/surau di tempat
azan diazankan. Usahalah agar segala kerja rumah dapat dibereskan sebelum masuk
waktu solat, apabila masuk waktu solat, solatlah di awal waktu dan
seelok-eloknya di tempat yang dikhaskan di dalam rumah.
-Sekiranya seorang wanita
melengah-lengahkan solat, tiba-tiba dia uzur tanpa sempat menunaikan solat
tersebut, maka dia akan dianggap sebagai seorang yang telah melengah-lengahkan
solat.
-Disamping itu, seorang wanita/isteri hendaklah galakkan suami serta mahram agar bersolat di masjid di tempat azan diazankan. Sekiranya suami solat fardhu berjemaah di masjid/surau wanita di rumah juga akan mendapat pahala solat berjemaah 27 kali ganda.
-Rasulullah saw bersabda 'jika tidak kerana kaum wanita dan kanak-kanak dalam rumah itu nescaya aku bakar rumah-rumah di mana penghuni lelakinya tidak solat berjemaah di masjid'.

Ganjaran solat di awal waktu :
1) jika berwuduk dan
tunggu azan untuk solat maka di akhirat nanti Allah swt akan bangkitkan kita
dengan muka bercahaya seperti matahari.
2) jika berwuduk ketika
azan sedang diazankan maka di akhirat nanti Allah swt akan bangkitkan kita
dengan muka bercahaya seperti bulan purnama.3) jika berwuduk selepas azan
diazankan maka di akhirat Allah swt akan bangkitkan kita dengan muka yang
bercahaya seperti bintang.
- Istiqamah membaca Al-Quran dan Berzikir
-sedaya upaya cuba istiqomah membaca Al-Quran setiap
hari jika tidak uzur.
-Hak Al-Quran hendaklah khatam sekurang-kurangnya 2
kali setahun.
-Usahalah agar anak-anak juga dibiasakan dengan
membaca Al-Quran setiap hari dan usahalah agar jadikan salah seorang anak-anak
kita dikalangan Hafiz Al-Quran.
-usahalah agar istiqomah membaca surah-surah di mana Nabi
saw tidak lupa membacanya setiap hari iaitu:
surah yasin (seperti khatam 10 kali Al Quran)
Surah Al-Waqiah (dijauhkan dari kepapaan)
Surah Al-Mulk dan As-Sajadah (dijauhkan dari siksa
kubur)
Surah Khafi (setiap hari
jumaat - Nur akan bersamanya hingga jumaat akan datang)
- Istiqamah Menghidupkan Majlis Taqlem Di Rumah
-hidupkanlah majlis taklim (majlis bacaan kitab fadail
amal dan Muntakhab hadis) di rumah sekurang-kurangnya 30minit serta adakan juga
muzakarah 6 sifat sahabat.
-Majlis ini hendaklah diadakan secara istiqamah setiap
hari pada masa dan tempat yang tetap serta melibatkan semua ahli di dalam
rumah.
-Kesan dari majlis pembacaan hadis ini akan
melembutkan hati kita dan hati anak-anak.
Kesan dari majlis bacaan hadis juga akan menyebabkan
rumah-rumah bercahaya seperti bintang-bintang, syaitan akan keluar dari rumah
dan para malaikat akan berada di dalam rumah.
rumah juga akan menjadi
sumber hidayat untuk jiran-jira. Allah swt akan turunkan rahmat, keberkatan dan
ketenangan jiwa dan ketenteraman dalam rumahtangga.
- Mendidik Anak Dengan Didikan Agama dan Sunnah
-wujudkan suasana madrasah didalam rumahtangga kita
dengan suasana iman dan amal maka dengan sendirinya anak-anak akan dapat
didikan agama yang lebih sempurna.
-dekatkan anak-anak dengan kisah Rasulullah saw dan
para sahabat supaya kisah-kisah ini dapat membentuk akhlak dan peribadi
anak-anak.
-Awasi pergaulan mereka, akhlak mereka, pakaian mereka
dan makan-minum mereka. Ajarkan supaya mereka yakin kepada Allah.
-Ajarkan mereka doa-doa harian dan sunnah-sunnah nabi
saw dalam setiap perbuatan harian mereka.
-ajar anak solat apabila telah berumur 7 tahun dan
rotani mereka jika tidak bersolat apabila telah berusia 10 tahun.
-ajar anak-anak membaca
Al-Quran.
- Hidup Secara Sederhana
-hidup sederhana mengikut keperluan, bukan mengikut
nafsu.
-Elakkan pembaziran dengan membeli perkara-perkara bermanafaat sahaja.
-jika kita dapat mengamalkan sunnah nabi saw dalam kehidupan harian, insyaAllah dengan sendirinya kita akan amalkan hidup sederhana.
-jadikan kehidupan nabi dan para sahabat sebagai ikhtibar. Hidup sederhana menyelamatkan kita dari kesusahan dan kerisauan.

- Galakkan suami/mahram keluar di jalan Allah (khuruj fisabilillah)
-galakkan suami/mahram agar keluar untuk menegakkan
agama Allah supaya suami/mahram dapat bawa balik agama dalam rumahtangga supaya
suasana iman dan amal dapat diwujudkan di dalam rumah.
-Apabila tiap-tiap rumah dapat keluarkan orang-prang lelaki dalan usaha ini maka akan wujudlah suasana agama, ketenteraman, ketenangan dan kesefahaman dan wujudlah fikir yang sama dalam rumah.
-kelebihan seorang isteri yang redho suami keluar di jalan Allah akan dimasukkan di dalam syurga 500 tahun lebih awal dari suami dan akan menjadi ketua bidadari yang menunggu suami di pintu syurga....

No comments:
Post a Comment