Wednesday, 10 June 2015

6 PESANAN


Pertama-tama dan selama-lamanya marilah kia marafatkan setinggi kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana limpah dan kurnianya masih kita dapat merasai nikmat Iman dan nikmat Islam. Alhamdulilah..
  • Solat di awal waktu
-wanita perlu usaha untuk solat di awal waktu di rumah dan menggalakkan mahram (lelaki) solat awal waktu di masjid/surau di tempat azan diazankan. Usahalah agar segala kerja rumah dapat dibereskan sebelum masuk waktu solat, apabila masuk waktu solat, solatlah di awal waktu dan seelok-eloknya di tempat yang dikhaskan di dalam rumah.
-Sekiranya seorang wanita melengah-lengahkan solat, tiba-tiba dia uzur tanpa sempat menunaikan solat tersebut, maka dia akan dianggap sebagai seorang yang telah melengah-lengahkan solat.
-Disamping itu, seorang wanita/isteri hendaklah galakkan suami serta mahram agar bersolat di masjid di tempat azan diazankan. Sekiranya suami solat fardhu berjemaah di masjid/surau wanita di rumah juga akan mendapat pahala solat berjemaah 27 kali ganda.
-Rasulullah saw bersabda 'jika tidak kerana kaum wanita dan kanak-kanak dalam rumah itu nescaya aku bakar rumah-rumah di mana penghuni lelakinya tidak solat berjemaah di masjid'.
Ganjaran solat di awal waktu :
1) jika berwuduk dan tunggu azan untuk solat maka di akhirat nanti Allah swt akan bangkitkan kita dengan muka bercahaya seperti matahari.
2) jika berwuduk ketika azan sedang diazankan maka di akhirat nanti Allah swt akan bangkitkan kita dengan muka bercahaya seperti bulan purnama.3) jika berwuduk selepas azan diazankan maka di akhirat Allah swt akan bangkitkan kita dengan muka yang bercahaya seperti bintang. 
  • Istiqamah membaca Al-Quran dan Berzikir
-sedaya upaya cuba istiqomah membaca Al-Quran setiap hari jika tidak uzur.
-Hak Al-Quran hendaklah khatam sekurang-kurangnya 2 kali setahun.
-Usahalah agar anak-anak juga dibiasakan dengan membaca Al-Quran setiap hari dan usahalah agar jadikan salah seorang anak-anak kita dikalangan Hafiz Al-Quran.
-usahalah agar istiqomah membaca surah-surah di mana Nabi saw tidak lupa membacanya setiap hari iaitu:
surah yasin (seperti khatam 10 kali Al Quran)
Surah Al-Waqiah (dijauhkan dari kepapaan)
Surah Al-Mulk dan As-Sajadah (dijauhkan dari siksa kubur)
Surah Khafi (setiap hari jumaat - Nur akan bersamanya hingga jumaat akan datang)
  • Istiqamah Menghidupkan Majlis Taqlem Di Rumah
-hidupkanlah majlis taklim (majlis bacaan kitab fadail amal dan Muntakhab hadis) di rumah sekurang-kurangnya 30minit serta adakan juga muzakarah 6 sifat sahabat.
-Majlis ini hendaklah diadakan secara istiqamah setiap hari pada masa dan tempat yang tetap serta melibatkan semua ahli di dalam rumah.
-Kesan dari majlis pembacaan hadis ini akan melembutkan hati kita dan hati anak-anak.
Kesan dari majlis bacaan hadis juga akan menyebabkan rumah-rumah bercahaya seperti bintang-bintang, syaitan akan keluar dari rumah dan para malaikat akan berada di dalam rumah.
rumah juga akan menjadi sumber hidayat untuk jiran-jira. Allah swt akan turunkan rahmat, keberkatan dan ketenangan jiwa dan ketenteraman dalam rumahtangga.
  • Mendidik Anak Dengan Didikan Agama dan Sunnah
-wujudkan suasana madrasah didalam rumahtangga kita dengan suasana iman dan amal maka dengan sendirinya anak-anak akan dapat didikan agama yang lebih sempurna.
-dekatkan anak-anak dengan kisah Rasulullah saw dan para sahabat supaya kisah-kisah ini dapat membentuk akhlak dan peribadi anak-anak.
-Awasi pergaulan mereka, akhlak mereka, pakaian mereka dan makan-minum mereka. Ajarkan supaya mereka yakin kepada Allah.
-Ajarkan mereka doa-doa harian dan sunnah-sunnah nabi saw dalam setiap perbuatan harian mereka.
-ajar anak solat apabila telah berumur 7 tahun dan rotani mereka jika tidak bersolat apabila telah berusia 10 tahun.
-ajar anak-anak membaca Al-Quran.
  • Hidup Secara Sederhana
-hidup sederhana mengikut keperluan, bukan mengikut nafsu.
-Elakkan pembaziran dengan membeli perkara-perkara bermanafaat sahaja.
-jika kita dapat mengamalkan sunnah nabi saw dalam kehidupan harian, insyaAllah dengan sendirinya kita akan amalkan hidup sederhana.
-jadikan kehidupan nabi dan para sahabat sebagai ikhtibar. Hidup sederhana menyelamatkan kita dari kesusahan dan kerisauan.
  • Galakkan suami/mahram keluar di jalan Allah (khuruj fisabilillah)

-galakkan suami/mahram agar keluar untuk menegakkan agama Allah supaya suami/mahram dapat bawa balik agama dalam rumahtangga supaya suasana iman dan amal dapat diwujudkan di dalam rumah.
-Apabila tiap-tiap rumah dapat keluarkan orang-prang lelaki dalan usaha ini maka akan wujudlah suasana agama, ketenteraman, ketenangan dan kesefahaman dan wujudlah fikir yang sama dalam rumah.
-kelebihan seorang isteri yang redho suami keluar di jalan Allah akan dimasukkan di dalam syurga 500 tahun lebih awal dari suami dan akan menjadi ketua bidadari yang menunggu suami di pintu syurga....

CINTA

Memang sakit bila cinta yg kita dambakan selama ini tak dihargai oleh insan yg bernama kekasih,apatah lagi kita dibuang begitu saja… tapi,itulah juga petanda terbaik untuk diri dan kehidupan kita pada masa akan datang.
  • Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya apabila kita bertemu jodoh yg sebenar,masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.
  • Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.
  • Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.
  • Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.
  • Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan…
  • Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.
  • Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.
  • Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.
  • Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.

Wahai sahabat yg kecewa,menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya.
Hari esok pun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita. Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhanNYA, dan meninggalkan laranganNYA..
PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hambaNYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepadaNYA..

TAKDIR ALLAH

TAKDIR ALLAH TETAP YANG TERBAIK
Ketika kita menginginkan sesuatu yang tak kunjung DIDAPATKAN.
Maka Allah meminta kita untuk sabar MENUNGGU.
Ketika kesedihan menjatuhkan AIR MATA
Maka Allah meminta kita untuk berusaha TERSENYUM .
Ketika perjalanan hidup terasa MEMBOSANKAN.
Maka Allah menyuruh kita untuk banyak BERSYUKUR.
Kita punya RENCANA.
TAKDIR ALLAH Itu indah
Akan tetapi sehebat apapun kita merencanakan sesuatu.
Tetap takdir Allah adalah yang terbaik Untuk kita..
Ingatlah..
Allah selalu memberikan kelebihan dibalik kekurangan..
Allah selalu memberikan Kekuatan dibalik kelemahan..
Allah selalu memberikan senyum dibalik kesedihan.
Allah selalu memberikan Harapan dibalik keputus-asaan..
Yakinlah..
Kebahagiaan itu akan hadir juga pada waktunya.
Sesuai kehendakNya.
Sesuai takdir-Nya.
Dan tak ada alasan bagi kita untuk meragukan-Nya.
Subhanallah...
Semoga yang mengucapkan Aamiin mendapat pasangan yang sholeh/sholehah dan menjadi keluarga yang sakinah, mawadah dan warahmah, serta mempunyai keturunan yang hapal Qur'an 30 Juz.

ALLAHUAKHBAR

بسم الله الرحمن الرحيم

Saya mohon kepada gadis-gadis dan juga para abang-abang, adik-adik, baca post ni sampai habis. Saat memandang kain sempit mu, seluar ketat mu, baju sendat mu, tudung singkat mu, solat dan ibadahmu. Aku ingin sekali menegurmu. Namun. Sering saja terkaku. Rasa tak mampu. Kerana merasa diri bukanlah insan yang terbaik untuk menegur. Jauh di sudut hati terasa bimbang. Aku bimbang di akhirat kelak. Kau akan mempersoalkan aku. "Kau sahabat aku. Kenapa kau tak tegur aku dulu ? Kau memang sengaja nak aku ke neraka kan ? Kau sengaja nak bahagia masuk syurga sendirian kan ? Aku kurang ilmu agama. Tapi kau tinggi ilmu agama. Mana ajaran agama kau tu ? Kenapa kau tak guna untuk bantu aku ? Kau tunggulah di akhirat kelak. Aku akan tarik kau masuk neraka sebab kau tak tegur aku." AllahuAkhbar. Sahabat. Begini lah cara aku menegur mu. Dengan post kecil ini. Hari ini. Sekurang - kurangnya. Bila aku di soal Nya di akhirat nanti. Tentang apa yang aku lakukan untuk sahabatku. Aku boleh jawab bahawa. "Aku telah menegur mereka. Dengan post kecil ku ini. Dan dengan selemah-lemah iman ku. Iaitu mendoakan mereka dari jauh.
"Aamiin. KITA BERSAHABAT KERANA ALLAH S.W.T.
Terlalu banyak yg harus diperbetulkan😣😞
Perkongsian semoga bermanfaat :D

BERUBAH


Nak Yang Mana? - Mato 
🍂
 "Aku nak berubah, tapi orang macam tak support aku lah."
"Kawan-kawan aku ejek aku bila tengok aku pakai kopiah. Dia kata dah taubat, tapi nanti buat dosa semula."
"Drastik sangat perubahan aku, daripada free hair terus berniqab. Orang pun mula kutuk-kutuk."
"Aku malulah. Setiap kali aku nak buat baik, ada je suara sumbang mengejek."
"Orang tak puas hati dengan perubahan aku."
Dan banyak lagi contoh situasi bagi orang yang baru nak berubah. Dihentam dan terus dihentam.
Alaa chill lah beb ..
Aku tak kata nak berubah tu senang. Payah wo! 😣
*minum air seteguk dua* 🍸 ....
Bayangkan, hidup di dunia ni sekejap saja. Tak lama. Contoh kita dah hidup 2⃣ 0⃣ tahun, kita dah lalui macam-macam perkara sepanjang tempoh 2⃣ 0⃣ tahun tersebut. Once malaikat maut tarik nyawa kita, kita akan rasa hidup ni sekejap. Malah, sangat singkat yang
teramat sangat.
Pernah tak bayangkan Malaikat maut tengah tunggu kita depan pintu bilik? Masa tu kita tengah sibuk online, gelak-gelak baca tweet mengarut, sambil dengar lagu-lagu yang gempak yang melekakan, layan video-video yang kurang memberi manfaat.
Tiba-tiba.. 😨 ..😰
Jeng jeng jeng (bunyi saspens) ..
Pintu bilik diketuk.
Tok tok tok.
Kita menoleh ke arah pintu. Buat tak layan. Mungkin adik sengaja nak kacau ketenteraman saja. Atau mungkin khayalan semata. Kita sumbat semula earphone ke telinga. Volume dikuatkan, mendendangkan lagu yang membingitkan telinga. Hanyut dalam dunia maya seketika.
Sekali lagi.
Tok tok tok..😲
"Aduh, siapalah yang kacau aku ni?" ..
Bentak hati kecil. Segera kita bangun, meluru ke pintu. Dengan rasa marah akibat keseronokan alam maya terganggu, tombol pintu direntap kasar.
"Nak apa?!" Suara dibentak kasar‼
"Nak nyawa kamu"..🔫 💣 ..
Suara itu menjawab.
Terbeliak biji mata, bila nampak malaikat maut yang menyapa 😱 😰
Masa tu, haa nak buat apa? Nak suruh malaikat maut tunggu, sebab kita nak solat taubat? Tak sempat.
Tak sempat dah nak buat apa-apa. Masa tu kita akan rasa, 2⃣ 0⃣ tahun yang kita rasa lama, sebenarnya sangat singkat. Sangat sangat singkat. Bila tiba hari kematian, baru rasa semuanya yang kita dah buat dalam hidup seperti satu pembaziran.
*betulkan spec* ..
Okey sekarang dah faham, maksud singkatnya hidup kita di dunia?
Masuk ke zon kedua perbincangan.
Aku, kau, dia, mereka, kita, kami, anda 👫 ...... Hidup kita tak selama yang kita sangka. Mati kita bila-bila.
Kita tahu mati itu pasti. Tapi kita tak yakin. Kan⁉
Kalau betul kita yakin, tahap apa keyakinan kita. Kita kata, ya aku bakal jenazah. Tapi persediaan kita? Macam tak ada. Masih bahagia dengan dunia, layan benda-benda lagha macam Allah tak murka, tinggalkan solat jadi perkara biasa, lewatkan solat boleh kata, "Chillex lah, belum habis waktu lagi." Felamaks!..
Itu belum bab mengutuk mengumpat. Belum bab menipu dan mencuri. Belum bab tonton video lucah. Belum bab bertepuk tampar dengan ajnabi. Belum bab tak baca doa lepas makan, doa bangun tidur, doa masuk tandas, hatta doa lepas solat pun kita malas!
😞 😂 😭 😢
Sebenarnya kita nak yang mana? ..
Mulut kata, "Mestilah nak redha Allah!"😄
Hati kata, "Tapi aku sayangkan jahiliyah."😣
Mulut kata, "Jom kita sembah Allah."😊
Hati kata, "Alaa tak payahlah solat subuh berjemaah. Mengantuk kot."..
Mulut kata, "Aku nak berubah."💪
Hati kata, "Alamak, mesti payah."..
Kita nak yang mana
Redha Allah dalam kebencian manusia. Atau redha manusia dalam kemurkaan Allah?
Nak syurga dunia dan neraka selamanya. Atau penjara dunia dan syurga selamanya?
Nak hidup bertuhan, mati beriman. Atau nak hidup dalam khayalan, mati dalam kekufuran?
Sama ada kau, aku, dia, mereka, awak, anda, kalian, kita, semuanya 👫...... tak terlepas daripada ujian. Malah, ujian nafsu dan iman memang sentiasa jadi cabaran🙆
Jom bangun! Sama-sama jadi mukmin hebat. Pagi seperti singa di rimba, tak gentar walau berhadapan dengan berjuta musuh-musuh agama. Malam bagai rahib yang menangisi dosa-dosa, taubat dan keinsafan, menghabiskan waktu bersama Ar Rahman. Baru gempak!
Aku akui, jadi baik tak semudah jadi jahat. Nak lawan nafsu tak senang. Tapi nak masuk neraka memang kita tak akan mampu bertahan punya.
Cuba bayang, *keluar awan-awan dari kepala*
Kita terjun dari pokok rambutan ke tanah, di atas tanah tu ada paku. Kita lompat, directly kaki terpijak paku. Sakit tak? Konfem sakit jiddan lah kan? Kalau itu pun tak mampu tahan, apatah azab Allah yang lagi mengerikan? Sumpah aku tak berani nak rasa seksa neraka. Seksa kubur juga minta sangat dijauhkan.
Semoga kita semua tergolong sebagai manusia yang hidup dan mati dalam keimanan
Wallahualam ..

WASATIYAH

Pertama-tama dan selama-lamanya marilah kita merafatkan setinggi kesykuran ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnianya kita masih dapat merasai nikmat Iman dan Islam. Tidak lupa juga selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Kerana tanpa perjungan baginda dan sahabat Islam tidak akan sampai di sini....
_________________________________________________________________________________
Kalimah wasatiyah sering kali disebut dalam kuliah agama, Apa makna wasatiyah? begini wasatiyah bermaksud kesederhanaan. Apa kaitan wasatiyah dengan Islam? wastiyah dalam Islam ialah kita melakukan sesuatu ibadah itu tak lebih dan tak pula kurang. Kita tak berlebih lebih dalam sesuatu ibadah. Contohnya sepanjang hari kita asyik berada di dalam masjid tanpa melakukan kerja yang lain. seterusnya kita pula tidak kurang dalam melakukan ibadah. Contohnya kita hanya solat fardhu dua kali dalam sehari, baki tiga lagi kita tinggal .Yang itu pun tak boleh. Wasatiyah juga boleh di gambarkan dengan kita menuang air ke dalam gelas sampai penuh, maksudnya kita tak tuang air tu separuh ataupun melimpah.

FITNAH

Salah satu fitnah besar di laman sosial seperti fb, instagram, twitter ialah ia menjadikan umat ini gila bergambar untuk ditayangkan pada semua orang.
Semua gambar kita nak share, sampai gambar isteri yang sepatutnya disimpan untuk tatapan suami sahaja pun di share. Gambar kita di masjid pun kita share, bahkan yang lebih merisaukan ialah kalau dulu ada istilah "candid" yang mana gambar ditangkap oleh orang lain tanpa kita sedar, sekarang ni semua "candid" adalah palsu sebab sebelum "candid" memang mereka dah rancang dan plan awal-awal dan hanya lakonan semata-mata.
"Haa nanti aku peluk ulama tu, kau snap gambar aku tau! aku nak share kat fb yang aku dapat peluk ulama dan kononnya "candid" orang tangkap gambar aku."
"Aku duk kat tebing tu, pastu aku nak merenung ke arah laut tu konon jiwang, waktu tu kau snap gambar ye. Baru nampak "candid" dan jiwang. Nanti boleh aku buat poster, edit letak ayat-ayat hikmah kat situ, ramai yang share nanti."
"Aku dah siap pakai purdah ni, kau tolong snap jap gambar aku tengah tengok bawah ni, nampak macam ayu-ayu, malu-malu gitu, baru la boleh jadi niqobis sejati. Nanti nak upload dalam fb, dan untuk menghalalkan perbuatan aku ni, aku niat je lah untuk dakwah. Kalau ada orang hentam aku, aku cakap la "semuanya tergantung niat"... islam itu kan mudaaaahhh~"
"Aku buat-buat baca kitab arab ni, japgi kau snap gambar aku kona baring 99 degree. Nanti aku nak share kat fb, baru orang tau aku ni ulamak besar gedabak tengah acah studi kitab besar tak da baris."
"Aku nak duduk berzikir ni, nanti kau snap gambar aku jap ye. Tapi biar aku posing cantik dulu, biar aku merenung ke arah sana. Baru nampak macam tengah merenung kebesaran Allah sikit."
Innalillahi wa inna ilaihi roji'un.
Kalau ini bukan sifat munafik, apakah ia?
Gejala gila selfie ini menyuburkan sifat nifaq dalam hati kita.
Gejala gila bergambar ni menyuburkan macam-macam sifat kotor dalam hati kita.
"Apa la batoota ni merapu! Aku tak kan kotor hati lah, aku ni orang tareqat, aku ni orang tabligh, aku ni orang usrah, aku ni ustaz, aku ni pelajar pondok, aku ni pengikut habaib, aku ni selalu ikut majlis ulama, aku ni sentiasa islah diri, jadi hati aku tak kan kotor hanya kerana gejala selfie ni... poooodaaaah!"
Jawab Batoota: "Ya itulah tanda hati kau paling kotor, bila kau rasa hati kau tak kotor."
Bergambar tu tak salah, nak bergambar silakan.
Yang saya hihglightkan disini ialah GEJALA GILA BERGAMBAR sehingga berlakon candid bagai, sampai kat kubur pun nak berselfie, sampai beribadat pun nak berselfie, pergi masjid pun nak selfie dan entah apa-apa lagi yang menjatuhkan moral kita dan merosakkan amalan kita.
Saya memang anti bergambar sejak dulu, sebab saya memang tak suka. Dulu saya letak syarat kalau nak jemput saya ceramah, jangan ambil gambar saya. Jangan buat poster letak muka saya.
Dapat bertahan sekejap je. Sebab gejala bergambar ni sangat menebal dalam masyarakat kita dan saya tak mahu berkeras dalam hal ni sebab benda ni bukannya haram, hukumnya kekal harus. Cuma ia akan menyuburkan pelbagai sifat tak elok. Kalau benda ni haram, saya akan berkeras. Saya tak mahu jadi Wahhabi yang berkeras bukan pada tempatnya. Jadi akhirnya gambar saya pun tersebar. Aduh la. Rasa hidup tak bebas, pergi mana pun orang kenal.
Saya tak suka penduduk bumi kenal saya, saya hanya suka kalau penduduk langit yang kenal saya. Orang bumi, cukup kenal "nama" sahaja (itu pun bukan nama sebenar), bukan orangnya. Sebab ramai yang terkenal di bumi akhirnya terjerumus ke lembah neraka. Sedangkan yang terkenal di langit, pengakhiran mereka baik-baik.
Kadang saya rasa macam nak pergi duduk jauh dari manusia. Tinggal dengan anak isteri, ternak ayam kambing sendiri. Tapi saya umat Nabi yang ada tanggungjawab pada umat. Saya tak boleh tinggalkan tanggungjawab saya.
Jadi saya terpaksa hadapi dunia, sistem dajjal, masyarakat dan sebagainya ini dengan penuh hati-hati.
Saya pernah consult perkara ni (menjadi famous di dunia) dengan guru mursyid saya.
Maka kata beliau mafhumnya:
"Kalau kamu yang mencari-cari publisiti dan kemahsyuran kemudian kamu menjadi mahsyur, maka kecelakaan akan menimpa kamu sepertimana ahli-ahli dunia yang lain. Sesungguhnya bagi para salik (orang yang dalam perjalanan mencapai makrifatullah), ujian yang paling besar antara semua ujian suluk (jalan menuju Allah) ialah sifat "hubbe jah" (cinta kepada kemahsyuran-bahasa urdu). TETAPI, sekiranya kita sudah berusaha untuk lari dari kemahsyuran dan membenci kemahsyuran seperti benci untuk masuk ke dalam neraka, tetapi kita tetap dimahsyurkan oleh sesuatu yang bukan dari kita (orang lain yang mahsyurkan kita sehingga kita terkenal) tanpa kita suka dan leka dan terhibur dengan kemahsyuran, maka ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah yang telah mahsyurkan kamu untuk manfaat agamaNya yakni Dia mahu gunakan kamu untuk agamaNya sepertimana para sahabat dan wali-wali Allah, walaupun mereka benci dan lari dari kemahsyuran, tetapi kemahsyuran tetap mengejar mereka untuk manfaat umat. Maka berhati-hatilah jangan sampai kamu terhibur dengan permainan dunia ini kerana dunia ini terlampau hina untuk kita para salik menitiskan air mata untuknya."
Semoga Allah mencintai guru mursyidku dan membalas semua kebaikannya yang tidak pernah jemu mentarbiah daku menjadi orang berguna.
Baru-baru ni, ketika saya dijemput ke muktamar ulama sedunia di Putrajaya. Saya lihat, asal habis satu-satu sesi je, mesti ramai gila peserta turun dan bergambar.
Sampai Habib tegur: "Barangkali kalian lebih banyak bergambar daripada berzikir pada Allah."
Seriously I felt so ashamed.
Ulama itu dihormati, dimuliakan, diamalkan ajarannya, diteladani, diikuti akhlaknya.
Bukan hanya diambil gambarnya sahaja dan berbangga di fb dapat bergambar dengan ulama.
Sekali lagi saya katakan, ia tidak haram. Tapi boleh menjadi haram.
Semoga Allah beri taufik dan hidayah pada kita semua untuk berselfie ikut syariat, berselfie secara normal, berselfie sambil hati terjaga atau tinggalkan terus budaya tu.

Tuesday, 9 June 2015

RENUNGAN

Buat renungan  untuk semua

Suatu malam seekor ular menyelit masuk ke dalam gudang kayu. Secara tak sengaja, ia menyusur di atas gergaji. Tajamnya mata itu gergaji menyebabkan per.ut ular terluka.
Ular beranggapan gergaji itu menyerangnya.
Ia pun membalasnya dengan mematuk gergaji itu berkali-kali, serangan tersebut menyebabkan luka parah di bagian mulutnya.
Marah dan sakit yang amat sangat, ular itu berusaha mengerahkan kemampuan terakhirnya untuk mengalahkan 'musuh' tersebut. Ia punmembelit gergaji itu sekuat tenaga. Belitan tersebut menyebabkan lukanya teramat parah dan akhirnya ia pun mati di situ.
Di saat beremosi dan marah, rasanya mudah sekali bagi kita untuk melukai dan menyakiti orang lain.
Padahal kalaulah benar-benar kita sedar, sebenarnya yang akan terluka dan sakit adalah diri kita sendiri.
Maka benarlah sabda Nabi saw yang bermaksud, "Bukanlah orang yang kuat itu orang yang menang bertumbuk, tetapi orang yang kuat ialah orang yang mampu mengawal diri daripada sifat marah."
(HR Bukhari & Muslim)
Kongsi bersama
: Sahabat2ku:
Jangan tertipu dengan usia MUDA kerana syarat Mati TIDAK harus TUA.
Jangan terpedaya dengan tubuh yang SEHAT kerana syarat Mati TIDAK mesti SAKIT
Jangan terperdaya dengan Harta Kekayaaan sebab Si kayapun tidak pernah menyiapkan Kain Kafan buat dirinya meski cuma Selembar.
Mari Terus berbuat BAIK, berniat untuk BAIK, berkata yang BAIK-BAIK, memberi nasihat yang BAIK
Meskipun TIDAK banyak orang yang mengenalimu dan Tidak suka dgn Nasihatmu.
Cukup lah اللهِ yang mengenalimu lebih dari pada orang lain.
Jadilah bagai Jantung yang tidak terlihat,
Tetapi terus berdenyut setiap saat hingga kita terus dapat hidup, berkarya dan menebar manfaat bagi sekeliling kita sampai diberhentikan oleh NYA.

Sahabat2ku:"Waktu yang kusesali adalahjika pagi hingga matahari terbenam, 'Amalku tidak bertambah sedikitpun, padahal aku tahu saat ini umurku berkurang"
(Ibnu Mas'ud r.a)

TEMAN

Teman , aku ingin . . .
Teman tersayang ,
Aku ingin kita seperti Abu Bakar al-Siddiq ,
Persahabatan dijalin kerana al-Khaliq ,
Harta dikorban bukan sedikit ,
Cintakan kebenaran , sanggup bersakit .
.
Serta tawakkal Ibrahim mulia ,
Ketika meninggalkan insan tercinta ,
Di bumi tandus tanpa bicara ,
Meyakini Allah sebagai Penjaga .
.
Aku impikan antara kita seorang Umar ,
Berdiri tatkala tunduknya manusia ,
Bersuara tatkala diamnya mereka ,
Menggerunkan musuh durjana .
.
Serta senyuman Syed al-Qutb ,
Ketika berhadapan dengan tali maut ,
Akidah mantap tidak terrenggut ,
Roh dakwahnya tidak surut .
.
Aku ingin kita seteguh Ibnu Zubbair ,
Menahan panahan Hajjaj dengan rela ,
Bersama si ibu tua ,
Lantas syahid , rohnya ke syurga .
.
Marilah kita menyemai benih Hassan al-Banna ,
Fikrahnya jenih , menggegar dunia ,
Merelakan tubuhnya dimamah peluru ,
Demi menegakkan kalam Allah dan Rasul .
.
Aku cintakan pemuda Giffari ,
Menentang kezaliman walaupun diancam ,
Moga kan lahir lagi di abad ini ,
Jiwa jitu pemuda yang tak pernah suram .
.
Aku ingin kita sepemaaf Yusuf ,
Tetap mencintai saudaranya ,
Walaupun dihumban ke perigi tua ,
Terpisah dari ayahanda bertahun lamanya .
.
Aku ingin pusara kita harum mewangi ,
Bagai harumnya pusara Masyitah ,
Semerbak kasturi .
.
Aku ingin persahabatan indah ini ,
Bisa menjadi syafaat ,
Di Mahkamah Mahsyar nanti ..
إن شاء الله

MUSLIMAH

Tak perlu nk diheboh² yg kau
muslimah bertudung labuh
Tak perlu nak dihebah² 
yg kau seorang muslimah berpurdah
Gambarmu x perlu
ditayang²
Menjadi tatapan yang bkan mahram Gambarmu sebaiknya disimpan
menjadi tatapan yang layak
pandang
Jika hijrahmu kerana Tuhan
Tak kau hiraukan pujian orang
Jadilah muslimah yang mengejar JANNAH
Bukannya mengejar dunia yang mewah
Jadilah muslimah menjaga maruah
Seorang yang tabah
Seorang muslimah yang solehah
‪#‎deep‬
‪#‎nahnumuslimah‬
‪#‎muslimahAwesome‬

SEDEQAH

Bismillahirrah manirrahim..
Dahsyatnya Sedeqah
Nabi pernah bersabda: sedeqah dapat menolakkan bala, sedeqah dpt menyembuhkan penyakit, sedeqah dpt memanjangkan umur (menunda kematian).
Kenapa orang yg dah mati mohon dihidupkan semula untuk sedekahkan hartanya? Kenapa tidak pilih buat umrah atau puasa sekiranya dia dikembalikan ke dunia...
Sebagaimana Allah menceritakan di dlm Al-quran (Wahai tuhanku! Alangkah baiknya kalau engkau lambatkan kedatangan ajal matiku ke satu masa yg sedikit saja lagi supaya aku dapat bersedekah...
Tidak menyebut oleh orang yg mati akan sedekah melainkan besar kesan sedekah yg telah dilihatnya selepas dia mati... Oleh itu perbanyakanlah sedekah maka sesungguhnya orang yg beriman di hari kiamat dapat berteduh di bawah bayang sedekahnya.
Dan tolong sedekah kepada org yg telah meninggal dunia dikalangan kamu, sesungguhnya mereka beranggan2 ingin balik ke dunia dengan tujuan hendak bersedekah dan menjadi org soleh... Oleh itu tolong tunaikan angan2 mereka dan latih anak2 kamu bersedakah.
"Bala tidak pernah mendahului sedeqah".
Sebaik-baik sedekah yg boleh kamu lakukan sekarang ialah sebarkan ilmu ini dgn niat sedekah.

Dai'e

Bismillahirrah manirrahim..
Terdiam,
Tidak mampu mengungkap kata,
Kelu lidah tanpa bicara,
Diam tiada tutur kata.

Berfikir,
Apa tujuan diri ini,
Menjejak kaki di bumi nan sepi,
Beradu di waktu gelap malam..??
Meniti hari di kala cerahnya siang..??
Sampai waktunya,
Kembali ke tanah semula..??
Alangkah ruginya diri ini..

Merenung diri,
Memikirkan perjalanan diri ini,
Sentiasa hiasi langkah dengan noda,
Seperti hilangnya sinar cahaya,
Dihimpit timbunan dosa..
Bangkitlah,
Jangan biarkan diri hanyut tiada pegangan,
Redha Allah perlu dalam genggaman,
Syurga Allah menjadi ganjaran..
Teruskan langkah perjuangan ini,
Jangan terlalu fikirkan duniawi,
Yang penting redha Ilahi,
Berdakwah jangan berhenti,
Kerana diri ini adalah dai'e..
Wallahualam..
Sekadar nukilan.. Asiif sekiranya membosankan..

| C O U P L E |

Pertama-tama dan selama-lamanya marilah kita marafatkan setinggi kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnianya kita masih dapat merasai nikmat iman dan nikmat Islam.... Allahuakhbar...
_________________________________________________________________________________

Aku pernah jugak suka dekat someone.dlam ceritany someone tu A..... mase tu aku darjah 4.. cinta monyet lah katakan.... kan?? 

dia(A) pn ske dkat aku....kebetulan plak mse tu kmi klas sme.... aku kenal A mse joh 3 ....mmng aku brkenan kt A....aku pn brmule 'cinta monyet' dgn A.... kmi hnye sembang dlm fb...kt kelas kmi biase2 je...x de spe yg thu...drpd itu aq trus jtuh ke lembah dn tiada siapa yg trik aq....x lh dlam sgt aq jatuh...akhirnye hubungan kmi diketahui rmai sbb mse tu aq berbalas surat dgn die..aq pn x igt mne... kmi hasilkn nme kami berdua dlm 4 pth prkataan..... aq sgt happy dgn A.... mse tu pde kmi x de istilah couple sbb kmi pn x thu perkataan itu.... kmi hnye thu suke2(minat)...hri demi hri brlalu.... shingga akhir thun joh 4... aq minta dgn A supaye dh x brhubung dgn die.....

pada joh lima kmi seperti pelajar lain...tiada ape2 antare kmi..... dan kmi msih skelas..... akhir thun joh 5 aq ceritakn kisah kmi kmi ny dkat seorg sepupuku yg lbih tua yg rapat dgn aq.. dia kte x dop mnde pn cinta bdx2 sbb msih x matang....

naik joh 6 kmi msih sekelas dn kmi seperti biase.....sme seperti di joh 5... selepas UPSR.. kmi pergi lawatan ..... kt sini muncul 1 watak (B)...Dia(B) ni org kte B ske kt aq tp aq x ske dkat B.. aq ske A... mse lwtn tu mcm2 yg kisah yg jadi antare aq dgn B.... sehingge A cemburu.... B kte die cme nk kwn dkat aq tp A x prcaye.... Aq, A dan B dahlah sekelas... A n B ni rapatlh jgak cme B ni bdx skema tp A bdx ske buat lawak.... A mintak putus dgn aq tp aq tolok.... aq x thu knpe hati aq mse tu msih terima die.... mungkin sbb aq sdah jtuh ke dalam gaung yg sgt dlm..... bile habis lawatan tu kmi bertiga renggang.... fitnah yg kte aq ske kt B semakin meluas sejak dri lawatan lgy.... aq sgt sdih.... aq ceritakn fitnah ny dkt ayah aq.... die nasihat sruh x yoh care bnde ginim....
aq dpt bgun semule dgn bantuan rakan2 aq.... aq brsyukur krna tika itu ramai sahabat2 aq yg sanggup tarik aq dri trus jatuh dan jatuh... aq sgt brsyukur kpdmu ya Allah....
_________________________________________________________________________________


Alhamdulilah,kini aq sdah jauh drpd itu..... Dkatkn diri dgn Allah nescaye kamu tetap akan berada di atas landasan keredhaan nye....
Nasihat aq dekat smua, carilah cinta-Nya, nescaya kamu akan mendapat cinta yang hakiki....
Bercinta lah selepas kahwin kerana itu lebih indah drpd bercinta sebelum kahwin.....

Nukilan drpd AQ... Maaf jika ada kekurangan sebb aq ini hanyalah manusia biasa seperti kamu smua..